PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO

TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO : SUBSIDI SARINGAN COVID-19 KEPADA MAJIKAN

PERKESO komited meningkatkan capaian perkhidmatan saringan Covid-19 kepada pekerja bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 di Malaysia.

Selaras dengan saranan kerajaan bagi menjalankan saringan secara bersasar, PERKESO akan menjalankan saringan kepada pekerja yang berisiko tinggi sahaja iaitu:

  1. Pekerja Asing yang berdaftar dengan PERKESO;
  2. Di dalam Sektor Pembinaan dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan; dan
  3. Di Selangor atau Kuala Lumpur.

Melalui program ini, majikan boleh mendapatkan saringan Covid-19 di mana-mana klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Majikan membuat tuntutan subsidi sehingga RM150 bagi setiap saringan yang telah dijalankan ke atas pekerja-pekerja yang layak bermula 1 Jun 2020.

Majikan boleh meneruskan proses tuntutan subsidi saringan dengan menekan pautan seperti berikut:

Tuntutan Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO Melalui Subsidi


© PERKESO 2020 | Hakcipta Terpelihara