PENGUMUMAN
TAWARAN UJIAN SARINGAN COVID-19 RTK ANTIGEN KEPADA PEKERJA MELALUI KLINIK PANEL DI BAWAH PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN
Dimaklumkan bahawa PERKESO sedang melaksanakan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan. Melalui program ini, PERKESO membekalkan kit ujian COVID-19 kepada majikan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja.
Bermula 24 November 2021, PERKESO menawarkan ujian saringan COVID-19 dengan menggunakan kaedah Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada pekerja melalui klinik panel sebagai salah satu pilihan di bawah program ini. Tawaran ini terbuka kepada semua pekerja termasuk pekerja asing yang mencarum dengan PERKESO dan bilangan ujian saringan adalah tidak terhad. Ujian saringan COVID-19 ini boleh dijalankan oleh pekerja sendiri tanpa perlu melalui majikan.
Pelaksanaan program ini terhad kepada bilangan kit yang masih berbaki di klinik panel. Justeru, pekerja perlu menghubungi klinik panel terlebih dahulu untuk membuat janji temu sebelum ujian saringan COVID-19 dijalankan. Kos perkhidmatan bagi ujian saringan COVID-19 ini hendaklah ditanggung oleh pekerja.
Senarai klinik panel boleh dirujuk di bawah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.
![]() |
FAQ Tawaran Ujian Saringan COVID-19 RTK Antigen Kepada Pekerja Melalui Klinik Panel ![]() |
Senarai Klinik Panel :